Scene Lawan Kongsi Adakalanya Terlalu Meleret
JANGAN TAK LIHAT
Foto: Mazlan Yunos Photography
JUDUL: Kongsi
PENGARAH: Farid Kamil
PELAKON: Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae, Azad Jazmin, Putri Mardiana
GENRE: Aksi dan Komedi
Klasifikasi: PG13
Mula Tayangan: 12 MEI 2011
Sekali Imbas
Menonton filem ini dari empat puluh minit pertama pasti akan membuat penonton ternanti-nantikan apakah mesej dan rungkaian daripada babak sebelumnya kerana komedi dan aksi yang ditonjolkan sangat menarik. Namun, ia terjadi sebaliknya serta sedikit menghampakan kerana tidak banyak yang boleh penonton harapkan daripada jalan ceritanya kerana filem Kongsi hanya menumpukan scene dari aksi berlawan yang terlalu lama dan meleret.
Ulasan Penuh
Ternyata, filem kedua arahan Farid Kamil merupakan filem yang boleh dikatakan berjaya menonjolkan dua genre iaitu aksi dan komedi dalam satu filem. Penulis mendapati aksi dan komedi yang ditonjolkan dalam filem ini juga sangat seimbang dan menarikanya dua genre ini dapat dibawa serta disampaikan secara serentak.
Tidak dinafikan pemilihan karektor utamanya, Shaheizy Sam ketika beraksi dengan pihak lawan sangat menarik perhatian penulis. Dia bukan sahaja kelihatan seperti hebat dalam scene aksi malah gerak-gerinya yang kelihatan cool itu membuatkan penonton tidak dapat menjangkakan apa yang akan dilakukannya seterusnya. Antara babak lawan menarik Sam adalah ketika dia berlawan di atas tangga bersama Azad Jazmin.
Kongsi juga merupakan filem kedua komedi Sam selepas Adnan Sempit dan terbukti Sam juga dapat membawakan watak komedi yang agak berbeza daripada pelawak biasa yang lain. Apa yang boleh penulis katakan, lawak yang disampaikan itu fresh serta bukan meniru cara mana-mana pelawak.
Sam tak perlu bercakap untuk membuatkan penonton ketawa tetapi cukup dengan memek muka serta gelagatnya sahaja sudah membuat seluruh panggung tak kering gusi. Pada awal babak lagi, penonton sudah ketawa dengan lagaknya yang menunggang motosikal seperti seorang gangster itu akhirnya terbabas dan terus berlanggar dengan orang kurang siuman ketika membuat selekoh.
Namun, penulis terpaksa akui aksi berlawan yang terlalu lama dan meleret dan tidak henti dari satu babak ke satu babak membuatkan filem itu jadi agak bosan. Sehinggakan dialog yang hendak diungkapkan pun tidak banyak bila dibandingkan dengan aksi lawan yang memakan masa agak lama itu. Ia akan membuatkan penonton yang tertunggu-tunggu apa yang mahu terjadi diakhir perlawanan menjadi bosan.
Selain itu, terdapat juga aksi stunt yang nampak tidak real terutama sekali ketika Shaheizy dan Yana Shamsuddin jatuh dari banggunan sambil bergayut di tali Tanglong. Mereka nampak seperti tergantung dan tidak jatuh secara semula jadi.
Apa yang pasti, plot penceritaan yang hendak disampikan oleh Farid Kamil dan penulis skripnya juga agak kabur dan tidak jelas. Terlalu tertumpu kepada aksi dan stunt membuat jalan ceritanya seperti tiada kesudahan dan mesej yang hendak disampiakn juga kurang jelas.
Plot penceritaannya seperti kurang lengkap dan tiada penutup atau kesimpulan. Penulis dapat rasakan Farid seperti tertinggal satu babak yang mana boleh menjelaskan apakah tujuan Bront Paralae mengupah Sam untuk membunuhan ahli-ahli kongsi gelap tersebut.
Dalam pada itu, penulis juga berasa agak hampa apabila ada beberapa babak gambarnya kelihatan sangat kabur tanpa ada apa-apa tujuan pengambaran. Kekaburan yang berlaku secara tidak langsung telah mengganggu mood penulis untuk menonton. Penulis difahamkan terdapat kesilapan teknikal ketika pengambaran yang telah mengakibatkan gambar itu menajdi kabur. Apa-apa pun penulis tetap rasakan ianya tidak patut berlaku.
Sinopsis
Kongsi telah dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae serta Putri Mardiana. Ia mengisahkan tentang penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) dan Detektif Olla (Yana Samsudin) terhadap kes pembunuhan badi di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Setelah melakukan siasatan, akhirnya mereka berjaya menjejaki seorang pembunuh upahan yang licik bernama Tumulak(Shaheizy Sam). Tumulak terpaksa melakukan pembunuhan tersebut untuk menebus hutangnya pada Kimpedu (Bront Palarae) .
Adakah ASP Shariff mampu mematahkan usaha Tumulak sekaligus melumpuhkan aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur? Saksikan Kongsi yang telah pun ditayangkan di pawagam sejak 12 Mei 2011 ini bagi merungkai segala persoalan!
No comments:
Post a Comment